TANDA-TANDA SEORANG itu YANG ‘ARIFBILLAH’

Sepertimana kata guru mursyidku, tanda-tanda orang ‘Arifbillah’ (Wali Allah) itu adalah seperti berikut:

1. Apabila kita duduk dengannya, kita akan mendapat ilmu makrifat.

2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya, kita akan memperolehi limpahan rohani.

3. Apabila kita memandang dirinya, akan terus mengingatkan kita kepada ‘Wujud’ Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takbur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.

5. Apabila sering bersamanya, kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.

6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.

7. Apabila kita berjauhan dengannya, kita akan terasa begitu rindu yang kuat dengannya dan segera ingin bertemu beliau .

8. Terkadang hati kita akan turut menangis mengenangkan dosa2 kita apabila kita teringat kepada beliau (sang arifbillah) itu.

9. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa seluruh alam bahkan hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.

10. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq yang lainnya.

11. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah(wali allah atau waliyyammursyida) dan termasuk golongan ulama’ PEWARIS NABI.namun tidak semua Auliya’ Allah(wali allah) itu adalah daripada kalangan ulama’ pewaris nabi.

12. ‘Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.

13. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.

14. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah.

15. Kebiasaannya masyarakat awam yang tidak tahu kewaliannya dan kearifannya akan sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperli ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.

16. Barangsiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat walau sebesar apa pun dosanya ahli maksiat itu allah akan turut mengampuni dosa2nya. Dan barangsiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat sekalipun.

17. Apabila ada tetamu,para arifbillah itu sentiasa memuliakan tetamu itu hatta tetamu itu adalah musuhnya sekalipun dan musuh yg mendatanginya itu akan merasa lemah,merasa bersalah dan akan turut menghormati para arifbillah itu.

18. Apabila kita berada dihadapannya (arifbillah), diri kita terasa ‘kecil’ dan ‘HATI’ kita sentiasa ingat akan dosa2 yang telah kita lakukan sebelum ini.

19. Para arifbillah adalah orang yang hampir kepada allah dan HATI RUHANInya sentiasa bersama allah,maka tidak hairan jika allah memberikan keistimewaan2 yang luarbiasa kedalam dirinya sehingga ucapan-ucapannya tidak sia-sia, penuh dengan hikmah2 dan setiap ucapannya ‘masin’ serta kehendaknya itu kebiasaannya ‘KUNFAYAKUN’ pasti akan terjadi dan terbukti kebenarannya(MUTLAK).

20. Selalunya nada,frequensi getaran SUARAnya sang arifbillah itu mampu memberi getaran yang dahsyat mampu memberikan ketenteraman, kegerunan dan ketakutan kepada hati orang yang mendengarkan dari suara beliau sahaja. iblis juga akan takut mendengar setiap suara2 sang arifbillah itu kerana suara sang arifbillah sentiasa selalu disertakan dan beserta allah, hakikatnya ‘berdzikir’ serta mempunyai unsur ‘NUR ilahi’.

21. Suara sang arifbillah adalah ‘CORONG’ atau sebagai ‘alat’ saluran yang disalurkan melalui sang arifbillah oleh ‘perkataan Allah swt’ itu sendiri melalui alam dimensi ketuhanan dan disalurkan kepada alam dunia.

22. Cahaya NUR ilahi yang ada pada dirinya itu akan memancar disekelilingnya sekaligus memberikan ‘rahmatan lil alamin’ dan menjadi ‘BENTENG’ kepada masyarakat disekitarnya.

23. Apabila seorang arifbillah melalui@berjalan@berada disesuatu tempat yang allah akan turunkan bencana@sedang allah turunkan bencana maka dengan izin allah berkah dengan adanya orang yang arifbillah itu bencana yang allah turunkan itu akan segera hilang dan pulih seperti sediakala dan banyak orang yang akan terselamat dalam peristiwa itu.

24. Tidak ada sebarang ketakutan dan keraguan didalam hatinya diatas segala ujian yang diturunkan oleh allah kepadanya .Wajahnya yang tenang dan tetap sentiasa berseri2,bercahaya dengan ‘NUR’ ilahi sehingga kita tidak mampu untuk menatap wajahnya agak lama kerana merasa gerun diatas kewibawaan ‘NUR’ ilahi di wajahnya itu ketika kita berhadapan dengannya.

25. Seorang yang arifbillah mempunyai kelebihan2 yang luarbiasa serta kekeramatan yang dikurniakan allah kepadanya.Beliau adalah seorang yang ‘kasyaf’,mata batinnya cerah sentiasa terbuka dan sentiasa ‘murakabah’ dan berinteraksi kepada alam dimensi ketuhanan.

26. Beliau tidak pernah dan tidak suka membuka ‘aib’ seseorang walaupun pada hakikatnya sang arifbillah itu mengetahui apa yang telah dikerjakan dzahir dan bathin diri seseorang itu,walaupun orang itu adalah anak muridnya sekalipun.Untuk menegur seseorang itu atau kepada anak muridnya,beliau hanya menggunakan bahasa kiasan sahaja.

27. Arifbillah adalah seorang yang diamanahkan oleh allah sebagai khalifah allah untuk menjaga dan menjunjung tinggi ‘NURUN ALA NURIN’ dan menjalankan TUGAS untuk misi ketuhanan sebagai penerus ‘hakikat kerasulan’ setelah kewafatan baginda muhammad saw sesuai dengan Al-Quran dan hadis.

28. Beliau selalunya tidak menyedari sesuatu kekaromahan yang terjadi kepada diri beliau.beliau tidak berharap dan tidak terpesona dengan kekeramatan yang terjadi itu, beliau menganggap itu adalah suatu karunia dan menjadi perkara biasa yang terjadi semua adalah ‘gerakan’ atau kehendaknya Allah bukan keinginan dirinya sendiri. Dan orang2 yang melihat kejadian yang terjadi kepada diri sang arifbillah itu adalah suatu perkara yang luarbiasa.

☝️Oleh itu,marilah kita bersama2 berdoa🙌 kepada allah swt agar barangsiapa yang belum lagi dipertemukan dengan seorang ulama’ yang arifbillah(wali allah) itu agar segera bertemu dan mendapatkn syafaat serta keberkahan darinya serta dapat berguru kepadanya.Dan sangatlah beruntung dan berbahagialah bagi orang2 yang telah bertemu@menemukan seorang yang arifbillah itu..

Sumber dari….#At-Thoriq ilallah

Perbezaan Alimbillah Dengan Arifbillah (2)

Ia mempercayai ALLAH berdasarkan hujah ilmu dan akal
Atas dasar ilmu ia tidak boleh menolak adanya Tuhan
Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa berTuhan
Takut dan cintanya dengan ALLAH tidak dapat dirasakan

Berlainan sekali Al Arifbillah
Orang yang mengenal ALLAH dengan makrifat yang mendalam
Ilmunya memberitahu
Dikuatkan dengan perasaan hati yang sentiasa sedar rasa berTuhan

Al Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah
Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati
Dan tidak diperbincangkan dengan amalan

Al Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam
Perasaan itu payah hendak diungkaikan
Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan

Al Arifbilah bercakap berdasarkan pengalaman
Al Alimbilah bercakap di atas dasar ilmu pengetahuan
Al Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam
Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan

Al Alimbillah sifat-sifat mazmumahnya yang terserlah
Terutama sifat-sifat ego, riak dan megah
Gila nama dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya

Al Arifbillah , sanjungan dan pujian itulah yang menyeksa hatinya
Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya
Al Alimbilah belum menyelamatkan seseorang
Al Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan

Beza antara Alim dan Arifbillah

Alim tahu dan faham.
Arif tahu, faham dan alami.

Orang Alim kelasnya Ulama.
Orang Arif kelasnya Wali.

Orang-orang Alim berjumpa, buat muktamar, seminar-seminar Ulama’ Nusantara,
Orang-orang Arif berjumpa juga Dalam mesyuarat Wali-wali di Alam Malakut, Alam Ardhu Zamzimah.

Alam Ardhu Zamzimah ni ALLAH swt ciptakan dari lebihan tanah yg buat Tubuh badan Nabi Adam AS.

Alim kalau terlampau Alim dipanggil ‘Allamah’.
Arif kalau terlampau Arif dipanggil Hujjahtul Muhaqqiqin.

Imam Ghazali terlampau ‘Allamah’ dipanggil Hujjatul Islam, itu sebelum belajar Tasauf dan Tareqat, bila Imam Ghazali dah belajar Tasauf dan Tareqat uzlah selama 11 tahun dipanggil terlampau Arif, Hujjatul Muhaqqiqin.

Alim ada ijazah, master, phd, mengaji macam-macam pondok, universiti dan ke negara Arab.
Arif tak semestinya ada sijil atau Ijazah.

Orang Alim tahu apa itu gula.
Orang Arif rasa itu gula.

Orang Alim makan gaji ada o.t ada elaun ada upah.
Orang Arif makan Waridah dan Zauqiah.

Orang Alim mudah ada perasaan iri sama-sama Alim.
Orang Arif sama-sama Arif sangat Cinta.

Orang Alim mudah nak tuduh orang-orang Ariff sesat.
Orang Arif tak tuduh orang alim tapi sangat hormat.

Orang Alim ada alim-alim kucing.
Orang Arif hina diri.

Orang Alim dapat Syurga Firdaus.
Orang Arif dapat dua Syurga “Syurga Ajilah dan Syurga Aajillah”.

Orang Alim guna akal.
Orang Arif guna lubbun.

Orang Alim kenal Tuhan secara Samai’.
Orang Arif kenal Tuhan secara Zauqi.

Orang Alim maqam syariat.
Orang Arif maqam syariat, tarekat, hakikat dan makrifat

Orang Alim dapat hidayah umum.
Orang Arif dapat hidayah khusus.

Orang Alim bersama kitab-kitab.
Orang Arif bersama ALLAH swt.

Orang Alim rujuk kitab-kitab.
Orang Arif rujuk ALLAH swt.

Orang Alim ulang alik Alam Mulki.
Orang Arif ulang alik Alam Malakut, Jabarut, Lahut…

Orang Alim sentiasa Ibadah.
Orang Arif sentiasa Musyahadah.

Orang Alim bergelumang Kasbi.
Orang Arif bergelumang Wahbi .

Orang Alim bertaraf Dai’.
Orang Arif bertaraf Ulul Albab.

Orang Alim ialah Abid, ia ibarat air yg menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak mendapat dan tidak merasakan buah yg tumbuh di atas bumi itu.

Orang Arif yg mengenal akan Haq dan Wajah ALLAH swt.

NUR – ibu segala ciptaan

Hakikat Nur Muhamad

Imam Mulla `Ali al-Qari rahimahullah adalah antara ulama yang menerima riwayat hadits masyhur yang menyatakan bahawa seawal-awal penciptaan Allah adalah Nur Muhammad SAW. Dalam karya mawlid beliau yang berjodol “al-Mawridur Rawiy fi Mawlidin Nabiy SAW” beliau telah menukilkan hadits tersebut yang menyatakan:-

Seawal-awal Makhluk : an-Nur al-Muhammadiy
Telah dikatakan: Telah diriwayatkan oleh Imam `Abdur Razzaq dengan sanad daripada Sayyidina Jaabir bin `Abdullah al-Anshari yang berkata:: ” Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai apa yang mula pertama dicipta Allah ta`ala sebelum segala sesuatu.” Junjungan s.a.w. bersabda:- “Wahai Jabir, bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur yang menjadi milikNya). Lalu dengan kudratNya berputar nur tersebut (yakni menjalani satu proses yang Allah sahaja Maha Mengetahui hakikatnya) menurut kehendakNya, dan pada waktu itu belum ada lauh, belum ada qalam, belum ada syurga, belum ada neraka, belum ada malaikat, belum ada langit, belum ada bumi, belum ada matahari, belum ada bulan, belum ada jin dan belum ada manusia. Ketika Allah ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, dibahagiNya nur tersebut kepada empat bahagian, maka dijadikanNya daripada bahagian pertama, qalam, dan daripada bahagian kedua, lauh, dan daripada bahagian ketiga, arsy. Kemudian dibahagiNya bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu diciptakanNya daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung arsy (hamalatul-arsy), dan daripada bahagian kedua, kursiy; dan daripada bahagian ketiga, malaikat-malaikat lain. Kemudian dibahagiNya pula bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu dijadikan daripada bahagian pertama akan segala langit; dan daripada bahagian kedua, segala bumi; dan daripada bahagian ketiga, syurga dan neraka. DibahagiNya lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu diciptaNya daripada bahagian pertama, nur absharil mu`minin (nur pandangan orang-orang mu`min); daripada bahagian kedua, nur hati-hati mereka iaitu ma’rifatu billah ta`ala (yakni ma`rifat akan Allah ta`ala); dan bahagian ketiga, nur ucapan mereka iaitu tauhid “la ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah.”

Aku (yakni Imam Mullah `Ali al-Qari) berkata: Dan pengertian inilah yang diisyaratkan oleh firman Allah ta`ala: “Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan nurNya – iaitu Nur Muhammad SAW – adalah seperti misykah (lubang yang tidak tembus cahaya yang dibuat pada dinding rumah untuk meletakkan pelita/lampu agar sinar pancaran cahayanya kuat dan tidak berselerak) yang berisi sebuah lampu ……..

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Quran [24.35]

Mudah-mudahan bertambah faham kita mengenai konsep Nur Muhammad yang sering dijadikan modal oleh sesetengah pihak untuk menyesatkan pihak yang berpegang dengan makhluk terawal diciptakan Allah ini. Sentiasalah berlapang dada, adakah kamu hendak menghukum ulama-ulama seperti Imam Mulla `Ali al-Qari sebagai sesat kerana menerima Nur Muhammad ? Kalau berani terpulanglah, nanti tanggung sendiri. Jangan jadi pepatah tok nenek kita, tiada beban batu digalas.

Sabda nabi saw:
“Yang awal dijadikan Allah ialah rohku. Ia dijadikan daripada cahaya Ketuhanan.”
(Syeikh Muhyiddin Abdul Qader Al-Jilani/Majid Hj.Khatib, 1999: 1)

“Daripada Nur Muhammad ini, kemudiannya Allah ciptakan makhluk-makhluknya yang lain. Roh-roh ini kemudiannya diturunkan dari Alam Lahut ke Alam Malakut dan kemudiannya ke Alam Kebendaan atau Alam Ajsam.”
( Syeikh Muhyiddin Abdul Qader Al-Jilani/Majid Hj.Khatib, 1999: 7-8 )

Di sini jelas, bahawa nur atau warid tetap berasal daripada Nabi Muhammad SAW kemudian diambil oleh Sahabat, kemudian oleh Tabiin, kemudian oleh Tabiin At-Tabiin, kemudian oleh seterusnya hingga akhir dunia.

Di sini, kita dapati ada dikalangan umat-umat Islam yang kuat beribadat dan tinggi ilmu Syariatnya tetapi hati mereka masih kosong dengan kesan-kesan warid atau nur. Warid dan nur hanya kita perolehi setelah datangnya sifat takwa, khauf, zahid dan tawakal dengan sebenar-benarnya. Telah ‘berbuih mulut’ kita beristighfar, berselawat dan berzikir tetapi mengapa kita masih tidak dapat mengatasi nafsu Ammarah dan Lawwamah kita? Mengapa, kita lihat hari ini masih ada umat Islam yang dikatakan alim dan kuat beribadat ini masih boleh menzalimi dirinya, iaitu dengan mudah “menjual akhiratmya” untuk mendapat habuan dunia? Mengapa? Jawapannya ialah ibadat mereka tidak ada persambungan wayar langsung dengan tariqat sufiah yang mendatangkan warid atau nur. Handaklah kita faham bahawa ibadat golongan ini hanyalah untuk menuntut pahala akhirat dan bukan sebagai alat pembersih hati.

Maka di sini Allah SWT menerangkan bahawa Allah SWT menciptakan manusia untuk mengenaliNya dan wajib atas manusia mengenaliNya melalui segala ilmuNya iaitu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat. Syeikh Muhyiddin Abdul Qader Al-Jilani juga pernah menyatakan tentang kepentingan ilmu hakikat dan makrifat ini iaitu:

Apa yang perlu bagi orang awam ialah mencari orang yang memiliki Bashirah (Kasyaf). Orang seperti inilah yang akan menjadi guru yang dapat membantu dan membimbing kita untuk membuka mata hati kita.
(Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani, Abdul Majid Hj Khatib, 1999:12)

Untuk sampai kepada ilmu Hakikat dan Makrifat, pembersihan hati amat diperlukan kerana ilmu ini ialah ilmu batin. Pembersihan hati hanya dapat dilakukan setelah kita berjaya dalam mujahadah kita melawan hawa nafsu Ammarah dan Lawwamah. Setinggi mana sekalipun ilmu Syariat kita, ilmu itu tidak akan dapat menyelesaikan kemelut nafsu kerana ilmu Syariat hanyalah diibaratkan kulitnya sahaja.

Sesiapa yang belajar ilmu Allah tidak merangkumi kedua-dua ilmu iaitu Fekah dan Tasawuf, maka menurut kata Imam Malik RA:

“Barangsiapa belajar ilmu Tasawuf tetapi tidak belajar ilmu Fekah menjadi kafir zindik. Barangsiapa belajar ilmu Fekah tetapi tidak belajar ilmu Tasawuf menjadi fasik dan barangsiapa menghimpunkan kedua-duanya maka jadilah ia ulama yang muhakik yang Arif Billah.”
(Imam Malik RA, Siru-Assalikin, Juzuk 1:10)

Dalam ilmu kesufian, ada banyak ‘batu penguji tasawuf’ atau ujian yang terpaksa kita tempuhi. Ujian-ujian ini sebenarnya untuk menyedarkan kita dan memberi kita ilmu. Berguru dengan guru kesufian ibarat berada di dalam sebuah kem latihan nafsu. Pelbagai ujian atau latihan terpaksa dihadapi sehingga akhirnya nafsu kita tunduk dan mengakui kehambaannya kepada Allah Taala. Nafsu perlu digempur habis-habisan supaya ia sedar dirinya. Kem kesufian ini samalah seperti bagaimana Allah Taala di alam Lahut memproses memproses hawa nafsu.

Sumber : SufiSence

Qosad, Ta’rudh, Ta’yin, Takbiratul Ihram Dan Junub

Yang Pertama : QOSAD

Adapun sebenar-benar Qosad itu Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada huruf dan suara, itulah yang Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu bukannya Niat yaitu Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah Zat ALLAH Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang Bersifat Zat Wajibul Wujud Kholiqun Nas lagi Bersifat Kamil. Wallohu A’lam.

Yang Kedua: TA’RUDH

Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu. Adapun sebenar-benar Fardhu itu Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang Sebenar-Benar Fardhu. Asal Fardhu itu Ruh Nabi kita Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam, semulia-mulia tempat Tajalli sekalian Nabinya. Ruh Adam itulah sebenar-benar dikatakan asal Fardhu yang sebenarnya. Kerana sekalian Nyawa itu Tajalli daripada Nur Muhammad. Tersebutlah di dalam Hadith “Ana Minallohi Min Nuur, Al-‘Aalamiina Minnii” yang bermaksud “Aku daripada ALLAH dan sekalian Jisim Alam itu daripada Aku”. Tersebut juga “Ana Minallohi Wal Anbiya^u Minnii” maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Anbiya^ itu daripada Aku”. Dan lagi “ Ana Minallohi Wal Mu^miniina Minnii” maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Mu^min daripada Aku”. Itulah sebabnya dikatakan Muhammad itu Abul Arwah (Bapa Sekalian Nyawa) dan Adam Abul Basyar (Bapa Sekalian Tubuh). Inilah yang dikatakan Sebenar-Benar Fardhu pada kita. (Nyawa) kerana itu memerintahkan dan Tajalli nyata gerak Tubuh oleh Nyawa. Tiada gerak Nyawa maka tiada gerak Badan. Wallohu A’lam.

Yang Ketiga: TA’YIN.

Adapun Ta’yin itu menyatakan Fardu dan yang lain-lainnya. Adapun maksud sebenar-benar itu nyata itu Af’al ALLAH pada Jasad Adam, yaitu Tubuh kita yang kasar. Inilah Sebenar-Benar Ta’yin dan Sebenar-Benar Nyata. Wallohu A’lam.

Yang Keempat: TAKBIRATUL IHRAM.

Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan Hati kita seluruhnya kepada Zat ALLAH Ta’ala dahulu. (LAA) daripada Takbir tatkala Qamah itu diniatkan di dalam Hati kita pulangkan sekalian pancaindera yang dipinjamkan kepada kita. Demikian Niat “Tiada Pendengarku Hanya Ia, Tiada Penglihatanku Hanya Ia, Tiada Gerak Dan Diamku Hanya Ia, Tiada Di Atas Dan Ke Bawah Hanya Ia, Tiada Di Kanan Dan Kiri, Tiada Hampir Tiada Jauh, Tiada Di Dalam Dan Di Luar, Tiada Ada Bandingan, Hanya Ia Tiada Hamba”.

BAB HAKIKAT JUNUB

Bab ini peri menyatakan yang bernama Junub itu. Adapun yang bernama Junub yang sebenarnya itu maka terlalu amat mulia pada ALLAH Ta’ala pada masa tetap di dalam ‘IlmuNya lagi yang bernama Nur Ma’lumat ALLAH ertinya cahaya yang amat limpah di dalam ‘IlmuNya tatkala dikeluarkan Ruh sertanya Nur ‘Ali namanya iaitu cahaya yang amat tinggi. Maka tatkala Ruh itu dimaujudkan kepada lembaga Adam ‘Alaihis Salam, Nur Tanziah (Cahaya Suci) namanya. Adapun seperti firman ALLAH Ta’ala “ Al Insaanu Sirrii Wa Ana Sirruhu” artinya “Manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya”. Sabda Rasulullah S.A.W “ Man ‘Arofa Haqiqatu Junuubahu Minal A’laa Imma Fis Samaawaati Wal Ardh” artinya “Maka barangsiapa tahu dan kenal akan sebenar-benar Junub tiadalah ada yang sepertinya barang di dalam isi langit dan isi bumi”. Maka sebab daripada itulah maka manusia itu bernama Insan kerana makna Insan itu amat tinggi martabatnya kerana dilengkapi oleh ‘IlmuNya. Dan sabda Rasulullah S.A.W. “Man Laa Ya’rifu Haqiiqatul Junuubi Batolat Janaabitahu” artinya “Barangsiapa tiada mengetahui akan sebenar-benarnya Junub, sia-sialah Junubnya. Terhentilah pendapat di tempat mereka itu mengenal tiada sampai pengenalannya selama-lama mereka itu seksanya yang amat besar jua kerana ditaqsir mereka itu tiada habis pelajarannya, sebab itulah kena seksa adanya. Sebermula adapun sebenar-benar lelaki itu Jalal ALLAH artinya Sifat Kekuatan ALLAH kita sebab itulah lelaki itu lebih daripada perempuan. Adapun sebenar-benar perempuan itu Jamal ALLAH artinya sifat Kecantikan ALLAH Ta’ala, maka sebab itulah lemah perempuan itu daripada lelaki. Demi ALLAH, Demi Kalam ALLAH jangan syak pada perkataan ini Hai Salik, inilah “Man Syakka ‘Alaiha Fa Huwa Kaafir”. Maka barang siapa syak di atas perkataan ini maka iaitu jadi kafir. Adapun sebenar-benar lelaki itu adalah Sir ALLAH maka tempatnya Sir ALLAH itu kepada Ma’nikam. Adapun Ma’nikam itu seperti Emas KurniaNya. Adapun sebenar-benar perempuan itu Cinta Rasa daripada Ni’mat ALLAH maka tempat Cinta Rasa pada Mani perempuan, adapun Mani itu seperti Fijar. Maka nyawa itu seperti api, maka apabila berhimpun yang tiga itu, maka jadilah manusia yang tanggungkan amanat ALLAH atasnya. Adapun Sir itu zatnya dan Cinta Rasa itu sifatnya dan yang sebenar-benar ni’mat itu yaitulah Janaabat maka yaitulah Mani Perempuan, adapun yang bernama Rahmat itu yaitu Junub maka yaitu Ma’nikam Mani Laki-laki. Bermula ALLAH Ta’ala amat tahu barang yang di dalam ‘IlmuNya dan lengkap dengan sekalian SifatNya dan Asma’Nya dan Af’alNya. Maka inilah Doa Membasuh Zakar: “ Nawaitul Ghusla Minal Junuubi Min Nuuris Samaawaati Wal Ardi, Innahu Huwas Samii’ul ‘Aliim”. Kemudian ini mandi “Nawaitu Bismillahi Ruh mandi dengan Adam, Adam mandi dengan Jaa’im, Jaa’im mandi dengan Rahmatullahi Ta’ala”. Maka kemudian kita pulangkan amanah ALLAH Ta’ala, inilah doanya “ Syuhud yang memandang zat, zat syuhud memandang kepada Nur Muhammad asal zuriat. Pulanglah kepada Nurulloh Ta’ala. Karamlah wujudku dan sifatku dan asma^ku dan af’alku di dalam laut Nur Wujud ALLAH kepada awan yang putih. ALLAH, ALLAH, ALLAH, Laa Ilaaha Illalloh”. Ya’ni hapuslah keadaan yang baharu yang tiada mempunyai segala kuasa dan kehendak dan tahu dan barang sebagainya.

Sumber Ilmu : https://amz-eli.blogspot.com/2011/08/qosad-tarudh-tayin-takbiratul-ihram-dan.html

SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Ini hanyalah deskripsi yang hanya dapat di pahami secara konteks bukan dari apa yang tertulis.pemahaman secara teks akan menimbulkan perdebatan, hanya melalui perasaanlah ini dapat difahami.

Bagi yang belum memahami semoga ini tidak menimbulkan pemahaman yang keliru kerana ungkapan ungkapan ini hanya dapat difahami oleh mereka yang telah mempelajarinya

Syariat itu Zahir
Tarikat  itu Batin
Hakikat itu Akhir
Makrifat itu Awal

Syariat itu Fi’il
Tarikat  itu Asma
Hakikat itu Sifat
Makrifat itu zat

Syariat itu dengan Lidah
Tarikat  itu dengan Hati
Hakikat itu dengan Nyawa
Makrifat itu dengan sir / rahasia

Syariat itu Syuhud
Tarikat  itu Nur
Hakikat itu Ilmu
Makrifat itu Ujud

Syariat itu Islam
Tarikat  itu Iman
Hakikat itu Tauhid
Makrifat itu Pengakuan Lahir dan batin

Syariat itu Tubuh
Tarikat  itu Nyawa
Hakikat itu Rahsia
Makrifat itu Tuhan

Syariat itu Ilmu Usuluddin
Tarikat  itu Ilmu Tasaawuf
Hakikat itu Ilmu Tauhid
Makrifat itu Ilmu Usul Muftahul Ghuyyub

Syariat itu Kulit Daging Urat Tulang
Tarikat  itu Api Angin Air Tanah
Hakikat itu Ujud Ilmu Nur Syuhud
Makrifat itu Zat Sifat Asma Fi’il

Syariat itu Awam
Tarikat  itu Khas
Hakikat itu Khas ul khas
Makrifat itu Khawas

Syariat itu Ilmu yakin
Tarikat  itu Ainul yakin
Hakikat itu Haqqul yakin
Makrifat itu Akmal yakin

Syariat itu Alam Isal
Tarikat  itu Alam Roh
Hakikat itu Alam malakut
Makrifat itu Alam Kudus

Syariat itu Buih
Tarikat  itu Ombak
Hakikat itu Laut
Makrifat itu Air

Bagi yang pernah mempelajari tasawuf mungkin dapat mengerti dan memahaminya ini hanyalah sekadar pengertian yang sangat mendasar, bagi yang ingin memahaminya lebih lanjut, belajarlah dari guru-guru yang bersanad yang punya manakib Ilmu sampai ke Rasulullah.

Perbandingan Ma’rifah Bagi Awam dan Salik, Wali dan ‘Arifin

Saudaraku ketahuilah, Walaupun seluruh, jin, manusia dan makhluk lainnya tinggal dalam satu planet yang sama, diantara mereka tetap ada perbedaannya.  Dalam dunia ma’rifat berbedanya derajat pegenalan kepadaNya  menjadikan berbeda alam kehidupan di antara mereka. Perbedaan yang kami maksudkan adalah perbedaan dalam ketauhitan, pandangan hidup, cara hidup, sikap dan sebagainya. Orang awam tidak pernah dapat hidup dengan cara kehidupan mereka pada tingkatan salik, dan sebaliknya para salikpun  juga tidak lagi dapat hidup dalam cara, prinsip, ketauhitan mereka awam. Setiap derajat ma’rifah dianugerahi oleh Allah SWT atmosfer kehidupannya masing-masing.  Para salik tidak akan dapat berteman lebih dekat dengan mereka di derajat awam disebabkan atmosfer kehidupan yang berbeda, dan bagi yang awampun tidak dapat menerima kehadiran mereka para salik berada sekitarnya, karena cara kehidupan mereka yang terlihat begitu asing dan berbeda.   Ibarat makhluk laut yang tidak pernah dapat hidup di ketinggian daratan dengan makhluk daratan yang tidak pernah dapat hidup di dasar lautan. Prinsip para ‘Arifin menyalahi dengan mereka Muqarrabin, dan mereka Muqarrabin menyalahi dengan mereka salik, begitulah seterusnya. Esensi perbedaan dikarenakan berbedanya kadar ma’rifah mereka kepada Allah SWT.  Berikut kami rangkumkan beberapa contoh berbedaan diantara Awam dan Salik, Wali dan ‘Arifin sebagai berikut:

1. Perbandingan Awam dan Salik

  • Awam: Berpegang kepada amal
  • Salik:   Tidak berpegang kepada amal
  • Awam: Kadar harap kepada Allah fluktuatif
  • Salik:   Selalu tetap harap Kepada Allah SWT
  • Awam: Menganggap apa yang sudah terjadi, sedang terjadi atau yang akan terjadi semuanya perbuatan Allah yang disebabkan oleh makhluk atau amal-amalnya makhluk.
  • Salik: Merasakan apa yang sudah terjadi, sedang terjadi atau yang akan terjadi semuanya atas kehendak & perbuatan Allah semata. Tanpa menjadi makhluk sebagai penyebab sebelumnya.
  • Awam: Beribadat kerana berharap memperoleh pahala untuk mendapatkan surga dan terhindar dari siksa neraka.
  • Salik: Beribadat semata kerana ingin selalu dekat dengan  Allah SWT, tuhan yang dicintai.
  • Awam: Hidup adalah tempat perlumbaan untuk memperoleh keselamatan.
  • Salik: Hidup adalah untuk mengabdi kepada tuhan yang dicintai, Allah SWT.

2. Perbandingan Ma’rifahnya Wali (Muqarrabin) dan ‘Arifin (Musyahidun)

  • Wali:  Segala perbuatan milik Allah.
  • ‘Arifin: Segala gerak milik Allah.
  • Wali: Apabila didatangkan berbagai kemudharatan seperti kelaparan, penyakit, mara bahaya, bala, mereka tidak pernah merasa takut dan gelisah. kerana berbagai kemudharatan tersebut datangnya dari perbuatan Allah, yang mana mereka melihatnya (kasyaf) dan redha keranaNya. Mereka meningalkan berharap sesuatu kepadaNya, kerana redha kepada apapun dari ketetapannya.
  • ‘Arifin: Apabila mendapati kemudharatan, kesenangan atau apapun itu, mereka tidak melihatnya sebagai suatu bentuk perbuatan.  ‘Arifin melihat itu adalah gerak diri Allah SWT.  Kalaupun mereka merasa takut dan gelisah, maka gerak takut dan gerak gelisah adalah gerak Allah SWT. kerana segala gerak berasal dari gerak wujud yang satu, yaitu wujud Allah SWT.
  • Wali:  Merasakan cinta yang bersangatan kepada Allah SWT.
  • ‘Arifin: Tidak lagi merasakan cinta, hanya merasakan damai dalam keesaan wujudNya.
  • Wali:  Masih merasakan adanya keberadaan makhluk di sekitarnya.
  • ‘Arifin: Tidak merasakan lagi adanya keberadaan makhluk disekitarnya.
  • Wali:  Merasakan wujud diri dan  lainnya adalah wujud yang terpisah dari wujud Allah.
  • ‘Arifin: Merasakan diri dan lainnya adalah berasal dari wujud yang satu, wujud  Allah SWT.

Allah SWT maha menghendaki atas segala sesuatu, rangkuman di atas menunjukkan bahwa hal yang dianggap benar oleh tingkatan ma’rifah tertentu, tidak otomatis menjadi kebenaran juga di derajat ma’rifah yang lain. Oleh kerananya menghadapi hal yang demikian diperlukan toleransi untuk dapat mengerti dan memahami hal ehwal manusia pada derajat ma’rifahnya masing-masing

SYAHADAH RUKUN YANG PERTAMA DARI RUKUN ISLAM YG LIMA

SYAHADAH satu penyaksian yang wajib ada Tawajjuh, Talqin & Ijabah dari GURU MURSYID yg sampai sanadnya Ke RASULULLAH.

DiWAJIBKAN bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. menerima talqin syahadah bersanad dari seorang guru yang mursyid (ahli pada babnya) serta mempunyai Rabitah dan Salasilah sehingga sampai ke Rasulullah s.a.w. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menerima akan ia dari malaikat Jibril a.s…

Bahawasanya manusia pertama yang ingin jalan dekat dan terunggul, terselamat serta mudah menanggung beban agama Islam dan menjadi hamba kepada Allah Ta’ala setiap masa berjalan, ialah Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, kerana meminta kepada baginda nabi Muhammad s.a.w. “Talqin” kewajipan Kalimah Takwa diterima secara berhak sebelum dia memulakan sesuatu perkerjaan Agama.

Sebaliknya baginda tidak menjawab, baginda menunggu wahyu daripada Allah Ta’ala, maka datanglah Saidina Jibril a.s, kemudian dia “Talqin” akan LAILAHAILLALLAH sbyk tiga kali, kmudian MUHAMMAD RASULULLAH ,1X kemudian baginda Rasulullah s.a.w mengikutiNYA kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mendatangi para sahabatnya kemudian “Talqin” secara berjemaah. Maka para sahabat pun mengikutinya kemudian baginda nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Mafhumnya;

“ Sesungguhnya telah kembali kita dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar….

Diriwayatkan oleh Ahmad at Tabrani dan Syaddad ibn Aus bahawa Rasulullah saw pernah mentalqinkan sahabat-sahabat beliau secara berkumpulan dan juga secara perseorangan.

“Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi saw dan beliau bersabda, bermaksud: “Adakah di antara kamu orang asing?” (yakni dari golongan ahli kitab). Maka jawab saya: “Tidak ada”. Lalu Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan berkata: “Angkat tanganmu dan ucapkanlah ‘Laa Ilaaha Illallah”, lantas beliau menyambung, segala puji bagi Allah, wahai Tuhanku! Engkau telah mengutuskan aku dengan kalimat ini dan Engkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku dan bahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji.” Kemudian beliau berkata: “Ketahuilah, gembiralah sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu semua.”

  • Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Ketika Muaz bin Jabal mengekori unta Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Muaz menyahut: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil lagi: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah kuterima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: nescaya terselamatlah dia dari api Neraka. Kemudian Muaz berkata: Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada orang ramai agar mereka sebarkan berita gembira ini? Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu, lakukanlah dan berserahlah kepada Allah.
    (SYAHADAH INI ADALAH RUKUN YANG PERTAMA DARI RUKUN ISLAM YG LIMA, mesti ada Tawajjuh, Talqin & Ijabah dari GURU Mursyid yg mempunyai sanadnya sampai ke Rasulullah )

Dan Hamba ini pula Telah Bertawajjuh serta Berakad di atas Quran & Pedang dihadapan Guru Raden Sunda mengambil talqin ijazah syahadah bersanad sehingga kpd YANG TERAMAT MULIA & DI MULIAKAN IAITU NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.

MATI SEBELUM MATI

Pernah suatu ketika golongan bapok/pondan/maknyah menggunakan alasan jasad mereka lelaki tetapi roh mereka perempuan..roh tiada jantina dan kenyataan mereka seakan menyalahkan Allah kerana tersilap (Maha Suci Allah dari sebarang kekurangan)

Roh tak berjantina…namun roh perlu diupgrade dan inilah kerana Sultanul Awliya Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir al-Jilani QaddasAllahusirrah telah nyatakan di dlm Sirrul Asrar perihal Bayi Maknawi yg perlu dilahirkan..ini kerana Bayi Maknawi ini mempunyai “sepasang sayap” yg mampu “terbang” ke alam yg lebih tinggi..

Mati sebelum mati

Rasulullah SAW bersabda ;
“Rasakanlah mati sebelum engkau mati “

Dalam kitab Al-Hikam, Abu Ma’jam berkata ;
Barang siapa tidak merasai mati, niscaya ia tidak dapat melihat/musyahadah dengan Al-Haqqu Ta’ala”

Yang dimaksud mati pada pengertian ini adalah hidupnya hati dan tiada saat kehidupan hati melainkan pada saat matinya nafsu (Nafsu Mazmumah). Jadi arti mati adalah saat matinya nafsu. Adapun hidupnya hati karena matinya nafsu dapat ditempuh pada empat tingkat :

1) Mati Tabie

Menurut sebagian ahli-ahli tarekat bahwa Mati Tabie terjadi dengan karunia Allah pada saat Zikir Qalbi dan Zikir Lataif. Mati Tabie ini merupakan pintu pertama “bertemu” dengan Allah. Pintu pertama ini dilalui seseorang dalam melakukan Zikir Qalbi, maka dengan karunia Allah ia fana/lenyap pendengarannya secara lahir dan cuma telinga batin yang mendengar Allah..Allah..Allah.

Zikir Qalbi ini mula-mulanya hati berzikir kemudian dari hati kemulut, dimana lidah berzikir jalan sendiri. Pada saat seperti inilah fikiran mulai tidak berjalan lagi melainkan terjadi sebagian ilham yang tiba-tiba, Nur Ilahi terbit dalam hati muhadarah hati dengan Allah karena cuma telinga batin yang mendengar.

2) Mati Maknawi

Mati Maknawi ini terjadi karena karunia dari Allah pada saat seseorang melakukan zikir Latifatur-Ruh. Ketika itu penglihatan secara lahir menjadi hilang. Hanya Mata Batin yang menguasai penglihatan.

Zikir tingkat ini, seseorang/salik telah memasuki fana kedua yang dinamakan ; “Fana Fissifat”. Sifat kebaharuan dan kekurangan serta alam perasaan lenyap/fana dan yang tinggal adalah Sifat Tuhan yang sempurna dan Azali.

“Tiada hidup selain Allah” (Lamaujudaillallah)

3) Mati Suri

Seterusnya, ialah yang dinamakan Mati Suri. Mati suri ini terjadi dengan kurnia Allah pada saat seseorang/salik melakukan Zikir Latifatus-Sirri dalam Zikir Lataif. Pada tingkat ketiga ini, seseorang/salik telah memasuki pintu Musyahadah dengan Allah. Ketika itu segala keinsanan lenyap/fana, Alam wujud yang gelap/telah ditelan oleh alam ghaib/yang penuh dengan Nur Zatullah Nurun ala Nurin.

Firman Allah :

“Cahaya atas Cahaya Allah mengurnia dengan NurNya siapa-siapa yang Ia kehendaki”.

Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis/ nuurun ‘ala nuurin), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. An-Nuur[24]:35)

“Tiada yang dipuji melainkan Allah”.

4) Mati Hissi

Seterusnya ialah Mati Hissi. Mati ini terjadi dengan kurnia Allah pada saat seseorang/salik melakukan Zikir Latifatul Hafi dalam Zikir Latif. Pada tingkat keempat ini, seseorang/salik telah sampai ke tingkat yang lebih tinggi untuk mencapai “Makrifah” sebagai maqam tertinggi.

Dalam pada ini, fanalah/lenyaplah segala sikap keinsanan yang baharu yang tinggal adalah Sifat-sifat Tuhan yang Qadim, Azali. Ketika itu menanjaklah bathin keinsanan lebur ke dalam kebaqaan Allah yang Qadim “bersatu Abid dan Makbud” (Innalillahiwainnailaihirajiun).

Dalam pada tingkat puncak tinggi ini, seseorang/salik telah mengalami keadaan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, tidak pernah terlintas dalam hati sanubari manusia dan tidak mungkin disifati. Tetapi akan mengerti sendiri, siapa-siapa yang telah merasai.

“Siapa-siapa yang belum merasai ia belum mengenalNya”

Untuk mencapai keadaan Musyahadah seperti tersebut di atas, adalah dengan Mujahadah. Karena siapa-siapa menghiasi zhahirnya dengan Mujahadah niscaya Allah memperbaiki Sirrnya/hatinya dengan RuhsiaNya.

Syeikh Abu Ali Ad Daqqaq mengatakan ;
“Barangsiapa menghias lahiriahnya dengan mujahadah, Allah akan memperindah rahasia batinnya melalui musyahadah.”

Sumber : Ilmu Mengenal AllahSumber

Talkin/Bai’ah/Akad Syahadah.

Bersama kita merenung dan berfikir sejenak akan hal Talkin/Bai’ah/Akad Kalimah Syahadah.

Salah seorang daripada 6 orang Imam Hadith, iaitu Abu Daud As-Sajistani. Beliau menghafal 500,000 hadis sahih. Beliau memampatkan (compress) hadis yang sebanyak itu menjadi 4,800 hadis.

Katanya: memadailah dengan 4 hadis untuk kamu faham / reti akan agama Islam. yang pertamanya: “innamal a’ma lu binniyyat” mafhumnya: ‘bermula segala amal itu dengan niat’.

Jadi niat itu amat mustahak ! Jadi hendaklah kita ambil faham. Niat fardu yang paling utama sebelum datang niat2 yang lain? Kita solat dah, kita puasa dah, kita keluar zakat dah, kita tunai haji dah… apa lagi fardhu yang kita tak buat ? apa hukum dia ?

contoh: kita ada duit, kita berkira2 dengan barang yang kita nak beli. Nak beli peti ais, perabut, TV dll tetapi rumah tak ada lagi.

Hadis dari At-Tabroni dan Ibnu Majah :
man ma ta walaisa fi ‘uluqihi bai’atun ma ta mi tatan jahiliyyati

Mafhumnya: Barang siapa diatas pundaknya tidak pernah menerima baiah (yakni menerima syahadah dengan niat memfardhu agama ke atas diri) maka matinya seperti mati jahiliyyah.

Jadi terimalah talqin syahadah dengan niat menfardhukan agama ke atas diri barulah jatuh taklif syarak ke atas diri. Bukan semua orang boleh beri agama, yang boleh mengajar hal agama Islam ramai. Tetapi yang boleh memberi agama sangat sedikit.

Agama Islam ini ada pewarisnya yang berhak. Pewaris yang menerima pusaka secara berhak dan beramal dengan barang yang dipusakai itu sajalah yang berhak memberi agama / memberi talqin syahadah.

Barulah sempurna menunaikan fardhu – fardhu yang lain kerana kita sudah ada rumah. Syahadah itu adalah rumah untuk simpan amalan – amalan kita. Bila dah ada rumah barulah sesuai kita menghias dia dengan apa – apa isi yang sesuai selari dengan buat apa yang disuruh oleh Allah Tala dan tinggal apa yang dilarangNya. Buat yang fardhu dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib.

Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, “Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?”. Ramai akan menjawab “semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat).

Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam ‘Rukun yang Kedua’. Kerana jika ‘Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu’, maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima.

Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua? Kalau ditanyakan kepada seorang mualaf, beliau dapat menjawab dengan tepat mengenai waktu, tarikh, tempat, penalkin / pembaiah Dua Kalimah Syahadah serta saksi – saksinya sekali.

Tetapi kita ?? Tanyalah Ilmu dan Iman kita ! Jadi bilakah kita bersyahadah ? Islam baka kah (Taqlid / ikutan) kita, atau Islam Pusaka (Pegangan / anutan)?

Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi azan dan iqamah. Apakah kita semasa bayi (secara adatnya) memahami apa yang telah dilakukan kepada kita?

Ada pula yang berkata “semasa kita berada di alam ruh” (sebelum turun kealam missal, ijsam dan insan. Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan ataukah nanti orang yang akan mengingatkan semasa kita lahir dan dewasa serta tua di dunia ini?

Ada yang bersyahadah sendiri… tanpa saksi? tanpa Pengesahan Pembaiah /Penalkin?

Ada yang berkata semasa hendak meninggal. Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar“La ilaha illalLah” tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah “Asy haduan la ilaha illallah, wa asy haduan anna Muhammadar Rasulullah”.

Kenapakah Rasulullah SAW membai’ah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali?
Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu – fardhu yang lain?

Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini?

Fikir dan renungkan se dlm2nya dan carilah jawapannya di lubuk hati yg paling dlm. JawapanNya ada di sana.

Jika kita menyatakan kita Islam keturunan maka di mana kita letakkan DIA Maha ADIL lagi bijaksana bagi yg bukan keturunan Islam…??

Apakah kita yang telah tertipu & terpedaya dgn statement AKHIR ZAMAN ?? Sesungguhnya kita berada di zaman fitnah yang penuh tipudaya besar-besaran.

Beruntunglah bagi Orang-orang yang telah bertawajjuh, mengucap Dua Kalimah Syahadah secara berAKAD & di Talqinkan di Hadapan Gurunya yang bersanad.

Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayahNya. Aamiin ya rabbul alamin.