GHURUR (TERPEDAYA)

Kitab Al Ihya Ulumuddin (Imam Al-Ghazali)

Ghurur adalah penyakit hati yang menimpa kebanyakan manusia di dunia ini, ghurur menurut bahasa ertinya adalah terpedaya, penyakit ghurur ini telah dijelaskan oleh Imam Ghazali dengan panjang lebar di dalam kitabnya “Ihya` Ulumuddin “

Penyakit ghurur sangat merbahaya kerana kebanyakan mereka tidak menyedarinya, kita tidak membicarakan ghurur bagi orang-orang kafir terhadap diri mereka atau kehidupan dunia ini, tetapi kita membicarakan penyakit ghurur yang terkena oleh umat Islam sendiri.

Imam Ghazali telah membahagikan ghurur kepada empat golongan :

  1. Golongan ulama.
  2. Golongan para Abid (orang yang suka beribadah).
  3. Golongan orang yang mengaku sufi.
  4. Golongan orang yang memiliki harta, dan orang-orang yang terpedaya dengan dunia.

Golongan ulama

Penyakit ghurur ini tidak terlepas dari hati seorang ulama, bahayanya jika mereka tidak mengetahui bahawa mereka telah terkena virus ghurur yang membahayakan, akhirnya tidak secepatnya untuk mengubati penyakit itu, penyakit ghurur ini menyerang dengan cepat sehingga si penderita “mati” dari rasa harapan dan kesadaran diri kepada Allah.

Seorang yang alim merasa bahawa ilmu itu adalah mulia, mengajarkannya kepada orang adalah perkara yang mulia pula, maka dia lalai dan tertipu daya dengan sibuk mengajarkan ilmu tanpa membekalkan amal ibadah dan mengamalkannya terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada orang lain, ini adalah penyakit ghurur.

Seorang yang alim merasa memiliki ilmu sehingga beliau merasa bahawa dirinya mesti dihormati dan disegani, ingin selalu diutamakan dan di ketengahkan, keinginannya agar seluruh perkatannya didengar, seluruh perkataannya benar, ingin diangkat-angkat dan dipuja-puja, setiap orang mesti mencium tangannya, ini adalah penyakit ghurur.

Seorang ulama yang alim dengan ilmu syari`at dan selalu mengamalkannya kemudian mengajarkannya kepada orang lain, tetapi beliau tidak memahami ilmu makrifat kepada Allah, dengan alasan bahawa tidak ada ilmu tersebut, maka ini juga sebahagian dari orang yang memiliki penyakit ghurur.

Seorang yang mengamalkan ilmunya, menjauhkan dirinya dari segala maksiat, melaksanakan segala amalan taat, tetapi lupa membersihkan dirinya dan hatinya dari segala maksiat hati seperti hasad, riya`, takabbur, ingin dipuji, ini juga orang yang terkena penyakit ghurur.

Seorang ulama yang mengamalkan segala ketaatan dan menjauhkan segala maksiat, beliau merasa bahawa dirinya bersih dan hampir dengan Allah, maka ini juga penyakit ghurur, sebab Allah lebih mengetahui keadaan hati para hambanya.

Seorang ulama yang sibuk dengan berdiskusi, berdebat, bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk mencari pengaruh dan kehebatan, bila mampu mengalahkan lawan maka dia tergolong orang yang hebat dan alim, ini juga tergolong penyakit ghurur.

Seorang ulama yang selalu berdakwah dan berceramah dengan menyampaikan untaian kata-kata yang indah, dapat menarik perhatian para pendengar, sehingga mendatangkan peminat-peminat yang banyak, pengikut yang setia, lupa dengan tujuan dakwah yang sebenarnya, sibuk hanya mencari pengaruh dan nama, penyakit ini juga tergolong ghurur.

Golongan ‘Abid

Kegiatan ibadah juga dapat membawa seseorang terpedaya dengan diri sendiri sehingga bukan menjadikan diri semakin dekat dengan Allah bahkan membuat diri menjadi jauh, diantara contohnya :

Seseorang yang sibuk dengan ibadah-ibadah sunnah dan fadhilah tetapi melupakan dan meninggalkan ibadah-ibadah wajib, seperti sibuk melaksanakan shalat sunnah malam tetapi meninggalkan shalat subuh kerana tertidur dan kepenatan ketika waktu malamnya atau menumpukan kepada sholat tarawih tapi masih ada hutang sholat fardhu yang belum diqadha.

Orang yang sibuk mengambil air wudhuk dan berlebih-lebihan di dalam membasuhnya disebabkan was-was yang datang didalam hati mengatakan bahawa wudhuknya tidak sah, penyakit was-was yang menimpa pada setiap ibadah merupakan sebahagian ghurur juga.

Seseorang yang terlalu sibuk membaca al-Quran, tetapi tanpa tidak memikirkan dan memahami segala makna-maknanya, sehingga tidak memahami apa maksud atau penjelasan-penjelasan dari yang ia baca setiap hari.

Seseorang yang sibuk dengan puasa setiap harinya, tetapi lidahnya selalui menceritakan aib orang lain, tidak pernah menjauhkan hatinya dari riya` dan penyakit-penyakit hati, puasanya selalu dibuka dengan makanan-makanan yang haram.

Seseorang yang menunaikan ibadah haji hanya kerana ingin digelar dengan haji, tidak mengikhlaskan diri untuk melaksanakan amal ibadah haji, tidak meninggalkan segala kejahatan-kejahatan, melaksanakan ibadah haji agar dipandang orang dan dianggap orang kaya.

Seseorang yang mengamalkan Ibadah sunnah dan fadhilah merasakan ibadah tersebut nikmat dan lazat, mendapatkan kekhusyu’an, tetapi jika melaksanakan ibadah yang wajib dan fardhu tidak merasakan kenikmatan dan kekhusyukan.

Seseorang yang melaksanakan zuhud dan ibadah, bertaubat dan berzikir, merasakan bahawa dia telah sampai kepada darjat kezuhudan, telah sampai kepada darjat makrifah kepada Allah, sedangkan hatinya masih tersimpan segudang kecintaan terhadap dunia, mengaharap pangkat dan kedudukan, mengharap pujian dan penghormatan.

Golongan orang yang mengaku sufi

Seseorang yang mengaku sufi, menggunakan pakaian-pakaian tertentu, bergaya dengan gaya ulama-ulama sufi, berzikir dengan menari dan nyanyian-nyanyian pemenuh hawa nafsu, menganggap diri telah sampai kepada Allah, menganggap mendapat ilham dan kasyaf. inilah termasuk mereka yang tertipu/ghurur.

Seorang yang mengaku sufi, merasa telah berbuat zuhud dan wara`, memakai pakaian yang usang dan berbau, mementingkan bersih hati, tetapi segala anggota tubuh kotor dengan maksiat dan dosa. ini adalah penyakit ghurur

Seseorang yang mengaku sufi, tetapi tidak mengikuti jalan para ulama-ulama pembesar sufi seperti Imam Abu Qosim al-Junaidi al-Baghdadi dan yang lainnya, mengaku telah sampai kepada fana` fillah dan baqa fillah, tidak menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan, menghina syariat dan memuja-muja hakikat. ini adalah penyakit ghurur.

Golongan orang yang memiliki harta dan orang yang terpedaya dengan dunia

Seseorang yang menganggap bahawa harta dan wangnya yang mampu menyelamatkannya dan memuliakannya di permukaan dunia ini, harta merupakan pujaan dan ketinggian, memiliki harta bererti memiliki kebesaran dan kesenangan yang hakiki, sehingga lupa membayar zakat, menyantuni orang miskin, dan berbuat sesuka hatinya. ini adalah penyakit ghurur.

Seseorang yang membangun masjid, menyantuni anak yatim, membantu mangsa bencana alam, tetapi ingin dipuji dan disebut-sebut kebaikannya, agar orang menyanjungnya dan menggelarnya seorang yang dermawan. ini adalah penyakit ghurur.

Dengan memahami hal yang sedemikian, semoga kita semua tidak termasuk golongan orang-orang yang terkena penyakit ghurur (tipu daya) penyakit yang menjadikan seorang hamba jauh dari redha Allah Ta’ala.

Semoga Allah membimbing kita agar mampu untuk terus istiqamah dan mengetahui bisikan nafsu didalam diri ini. dan Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat ghurur. Aamiin Yaa Rabbal ‘alamiin.

SELAWAT NUR

Ijazah Selawat Nur

ﺃَﻟﻠّٰﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠٰﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻧُﻮْﺭِﻙَ ﺍﻟﺴَّﺎﺭِﻱْ ﻭَﻣَﺪَﺩِﻙَ ﺍﻟْﺠَﺎﺭِﻱْ ﻭﺍﺟْﻤَﻌْﻨِﻲْ ﺑِﻪٖ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﺃَﻃْﻮَﺍﺭِﻱْ ﻭَﻋَﻠٰﻰ ﺁﻟِﻪٖ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪٖ ﻳَﺎﻧُﻮْﺭُ


“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi ya nuur”

Artinya:
“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta selawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.

Untuk ketenangan batin, terang fikiran, cahaya hati dan fadhilah yg teragung adalah selalu mempunyai hubungan ikatan dan hubungan erat dengan Rasulullah SAW

Amalan Kecil tapi SANGAT BESAR NILAINYA

Imam ath-Thabraani dalam “al-Kabir” dan “al-Awsath“, Imam Nuruddin Abul Hasan ‘Ali al-Haytsami dalam “Majma` az-Zawaaid“, al-Khatib dan Ibnu an-Najjar meriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: “JazaAllahu `anna Muhammadan maa huwa ahluh – Mudah-mudahan Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang  dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad dengan balasan yang selayaknya buat baginda”, ianya memenatkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 pagi (yakni 1000 hari).”Apa yang disabdakan oleh Junjungan Nabi SAW tadi adalah ibarat dan kinayah tentang besarnya ganjaran yang bakal diperolehi bagi seseorang yang mengamalkan bacaan tersebut sehingga dikatakan ianya seumpama memenatkan 70 malaikat menulis pahalanya  selama 1000 hari. Punyalah banyak sehingga diibaratkan malaikat yang tak reti penat pun akan “kepenatan”. Nian besar fadhilatnya sehingga ramai ahli ibadah yang menjadikannya wirid harian mereka, antaranya Imam asy-Sya’raani rahimahullah yang menyatakan dalam karya beliau “al-`Uhuud al-Muhammadiyyah“:- “Ucapan ini adalah antara wirid-wirid yang menjadi amalanku, di mana aku membacanya 1000 kali setiap pagi dan 1000 kali setiap petang pada setiap hari, alhamdulillah.”

SELAWAT JIBRIL

Shallallahu ‘ala Muhammad (ﷺ)
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Shallallahu ‘ala Muhammad
(ﷺ)

Selawat Paling Ringkas:

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Shallallahu ‘ala Muhammad

Kalimah Selawat yang Jarang-jarang orang nak menyebutnya dan tidak ramai yang ingin jadikan amalan harian. Biasa kita dengar selawat ini berkumandang selepas solat jemaah waktu jemaah bersalaman antara satu sama lain. Akan tetapi inilah kalimah ini sangat aku cintai. Selawat ini mempunyai karamah yang sangat luarbiasa bagi mengetahuinya

Imam asy-Sya’roni berkata: “Rasulullah ﷺ pernah bersabda : Barangsiapa membaca selawat ini, maka ia telah membuka 70 pintu rahmat untuk dirinya dan Allah akan menitipkan cintaNya pada hati manusia sehingga mereka tidak akan marah kepadanya, kecuali orang yang menyimpan kemunafikan di dalam hatinya.

Guru kami yaitu ‘Aliya al-Khawash berkata: “Hadis ini, beserta hadis sebelumnya, yaitu sabda Nabi ﷺ: Paling dekatnya salah seorang kamu kepadaku adalah pada saat ia mengingatku dan membacakan selawat untukku, , kami riwayatkan dari sebahagian ahli ma’rifat, dari al-Khidhr as, dari Rasulullah ﷺ. Dua hadis ini menurut kami berkualiti shahih dengan derajat kesahihan tertinggi, meskipun para ahli hadis tidak berani menetapkan kesahihannya kerana rumitnya istilah yang mereka pergunakan, wallahu a’lam,

Adapun yang menguatkan pendapat ini adalah sebuah hadis yang dikutip oleh as-Sakhawi dari Majd al-Din al-Fairuz Abadi, penulis kamus terkenal, dengan menyandarkan sanad kepada Imam as-Samarqandi. Ia berkata: “Saya mendengar Qidhr dan Nabi Ilyas as berkata: Kami mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Tidak seorang pun yang membaca: Shallallahu ‘ala Muhammad (Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada Muhammadﷺ), kecuali bahwa manusia akan mencintainya walaupun sebenarnya mereka membencinya. Demi Allah, mereka tidak akan mencintainya kecuali setelah Allah’azza wa jalla mencintai dia.” Dan kami pernah mendengar Rasulullahﷺ bersabda dari atas mimbar: ” Barangsiapa membaca selawat ini makn ia telah membuka tujuhpuluh pintu rahmat untuk dirinya.”

Semoga manfaat.  wallahu a’lam.

Sumber: Afdhal as-Shalawat ‘ala Sayyid as-Sadat, oleh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani

Membaca selawat kepada nabi termasuk salah satu amalan yang sangat mudah dan sangat utama, kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara tegas berfirman di dalam al-quran bahwa Allah sendiri dan para malaikat nya senantiasa berselawat kepada junjungan kita nabi Agung Muhammad Shallallahu Alaihi Wa salam.

Allah memerintahkan Kepada umat manusia untuk membaca shalawat kepada nabi Muhammadﷺ, kerana Nabi Muhammadﷺ adalah Habibullah atau Kekasih Allah yang tinggi kedudukannya. sehingga dikisahkan ketika Nabi Adam alaihissalam hendak menikahi sayyidatina Hawa diperintahkan oleh Allah supaya memberi mas kawin kepada Hawa dengan mas kawin membaca selawat kepada Nabi Muhammadﷺ iaitu dengan bacaan sholawat Shallallahu Ala Muhammad.

Kalimat selawat mengandung doa permohonan kepada Allah untuk Nabi Muhammadﷺ seperti Shallallahu Ala Muhammad, Allahumma shalli Ala Muhammad dan lain sebagainya, dalam kalimat shalawat tersebut dan kalimat-kalimat sholawat lainnya pasti ada lafal Allah dan lafal Muhammad, jadi ketika seseorang membaca selawat, Maka secara langsung akan menyebut lafal Allah dan Muhammad. Jadi tidak hanya menyebut asmaul allah saja tapi juga menyebut asma Nabi Muhammad. Berbeda dengan membaca La Ilaha Illallah. Subhanallah dan alhamdulillah, yang hanya menyebut asma Allah saja.

Kelebihan berzikir Selawat Shallallahu ala Muhammad

  • Keajaiban selawat Shallallahu ala Muhammad berdasarkan keterangan dari Kitab Afdhal as-Shalawat ‘ala Sayyid as-Sadat, KaryaSyaikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani.
  • Imam asy-Sya’roni menyatakan: “Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Barang siapa membaca selawat ini, maka ia telah membuka 70 pintu rahmat untuk dirinya dan Allah akan menitipkan cintaNya pada hati manusia sehingga mereka tidak akan marah kepadanya, kecuali orang yang menyimpan kemunafikan di dalam hatinya.”
  • Syaikina ya’ni ‘Aliya al-Khawash berkata: “Hadis ini, beserta hadis sebelumnya, yaitu sabda Nabi ﷺ: Paling dekatnya salah seorang kamu kepadaku adalah pada saat ia mengingatku dan membacakan shalawat untukku, kami riwayatkan dari sebagian ahli ma’rifat, dari al-Khidhr as, dari Rasulullah ﷺ. Dua hadis ini menurut kami berkualiti shahih dengan derajat keshahihan tertinggi, meskipun para ahli hadis tidak berani menetapkan kesahehannya karena rumitnya istilah yang mereka pergunakan, wallahu a’lam,
  • Rasulullah ﷺ bersabda yang artinya: Tidak seorang pun yang membaca: Shallallahu ‘ala Muhammad (Semoga Allah memberikan rahmat Nya kepada Muhammadﷺ), kecuali bahwa manusia akan mencintainya walaupun sebenarnya mereka membencinya. Demi Allah, mereka tidak akan mencintainya kecuali setelah Allah’azza wa jalla mencintai dia.” Dan kami pernah mendengar Rasulullahﷺ bersabda dari atas mimbar: ” Barang siapa membaca selawat ini maka ia telah membuka tujuh puluh pintu rahmat untuk dirinya.”
  • Al-Hafidz as-Sakhawi juga menukil sebuah hadis dengan sanad tersebut bahwa Imam as-Samarqandi mendengar Khidhr dan nabi Ilyas as berkata: “Adalah pada bani Israil seorang nabi yang bernama Samuel. Dia dikaruniai kekuatan untuk mengalahkan musuh. Pada suatu hari ia pergi berangkat untuk menghancurkan musuh agama-nya. Mereka (musuh-musuh- nya) berkata: “Orang ini adalah seorang penyihir; ia datang untuk mengelabui mata kita dan mencerai beraikan pasukan kita, maka hendaklah kita mengajaknya ke tepi pantai, lalu kita menghancurkannya.”Maka berangkatlah ia bersama empat puluh orang pasukan memenuhi tantangan mereka untuk bertempur di tepi pantai. Teman-temannya berkata: ” Apa yang akan kita perbuat?” “Majulah, dan bacalah: Shallallahu ‘ala Muhammad!” kata Samuel. Mereka pun menuruti nasihat- nya; maju dengan membaca selawat. Keadaan menjadi berbalik sama-sekali; merekalah yang terdesak ke laut dan tenggelam ditelan ombak, semuanya tewas, tidak ada yang tersisa.”
  • As-Sakhawi juga telah meriwayatkan bahwa suatu hari, berangkatlah seorang laki-laki dari Syiria menuju Nabi saw Ia berkata: “Ayahku sudah lanjut usia, namun ia ingin sekali melihat wajahmu” “Bawalah ia kepadaku.” Sabda Nabi. “Tapi ia tidak bisa melihat. ” Ia mengemukakan alasan.” Katakan kepadanya, bacalah: “Shallallahu’ala Muhammad dalam tujuh malam, maka in akan bisa melihatku dalam mimpi, sehingga kamu bisa meriwayatkan hadis dari aku.” Ia pun kemudian melaksanakannya dan melihat Nabi saw dalam tidurnya, dan hadis ini diriwayatkan

SELAWAT INI ADALAH SEBAHAGIAN PENARIK REZEKI

Salah satu khasiat selawat Jibril yang paling diinginkan adalah untuk menarik rezeki, untuk melariskan perniagaan dan juga untuk melancarkan segala usaha. Akan tetapi tentunya harus diamalkan dengan tata cara tertentu dan juga diimbangi lagi dengan membaca doa pelengkapnya, yaitu doa pelengkap untuk kerezekian. Berikut ini adalah lafaz DOA beserta dengan latin dan artinya:

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah datangkanlah padaku pahala shollalloohu alaa muhammad berilah rezeqi padaku, sesuatu yang dapat menolongku untuk taat. Maha suci tuhanmu, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang mereka sifatkan dan salam sejahtera untuk para rasul dan segala puji kepada Allah tuhan semesta alam

Selawat Jibril ini minima dengan membaca sebanyak 1000 kali saja setiap harinya. Kerana besarnya kenikmatan yang akan di dapatkan apabila mampu untuk mengamalkannya. Apabila kita mampu untuk mengamalkannya, maka kita dapat menarik rezeki kepada kita. Dan setelah itu keuangan akan lebih makmur, dan akan selalu di berikan segala kemudahan dalam setiap usaha yang dilakukan. Selain itu juga akan di berikan keselamatan karena juga akan mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW, baik itu di dunia mahu pun diakhirat. Maka dari itu saya harapkan kepada anda untuk selalu istiqamah dan semangat dalam mengamalkan selawat ini. Kerana balasan kebaikan dari Allah SWT sungguh sangat besar.

Sumber Lain : Ustaz Iqbal Zain

Hikmah, Kelebihan dan Keutamaan Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah  adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘DOA’ yang paling mustajab.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”

Rasulullah SAW juga  bersabda: Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkandalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”

FADILAT DAN KHASIAT

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahanDi antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihah ialah:

1.     Memperolehi Hikmah

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2.     Hajat Tertunai

a.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang solehberkat surah Al-Fatihah.

3.     Keperluan Dipenuhi

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”

4.     Mudahkan Rezeki

a.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”

b.  Membaca surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7 kali, surah Al-Falaq 7 kali dansurah An-Nas 7 kali selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.

5.     Keselamatan

Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidurSurah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas)1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

PENYEMBUH

Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

1.  Mengubati Segala Penyakit

a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukanmerata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.

b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.

2.  Penawar Bisa & Racun

Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.

3.  Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya.

4.  Mengubati Sakit Gigi

a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:

“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.

5.  Penyembuh Penyakit Mata

a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :

“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”

  • Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
  • Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:

“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.

Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله

KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL IKHLAS

AL IKHLAS

Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas yaitu merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surahini secara terusan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

PENAWAR PENYAKIT DIRI (ROHANI/JASMANI)

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan insyallah ada rezekinya pada hari itu. Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga. ”Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun. ”Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”

1000x BACAAN SEBAGAI PENEBUS DIRI DARI API NERAKA

Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka. ”Sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.” Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.Sabda Rasulullah s.a.w: ”Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”

PENARIK REZEKI YANG BANYAK

Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut :(untuk menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.

Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali 
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali 
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali 
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali 
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwatailla billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.

JENAZAH TIDAK MEMBUSUK & SEPANTAS KILAT DI TITIAN SIRAT

Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh.Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui sirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan paramalaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balas hinggalah ke Jumaat yang berikutnya. Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.” Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.” Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” 
Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S. 
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S . 
“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. 
Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanyalagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.”

Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, 
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq. 
“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. 
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. 
Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. 
Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.

Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malamke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalamsyurga pula?”Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara : 
1. Khatamkan Al-Quran, 
2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 
3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 
4. Kerjakan Haji dan Umrah.” 
Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur.

Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

TERLUNAS HUTANG DUNIANYA

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya. Beliau bertanya : ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya : “Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini?” Jibril menjawab : “Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.”

Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda : “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati.

Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.

Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.” Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”Sekian, Wallahu’alam bisshawab.

selamat beramal.

Betapa Pentingnya Dhuda bagi yang mengetahui

KEBIASAANNYA ORANG MENGEJAR SOLAT DHUHA UNTUK MENDAPATKAN HABUAN DUNIA, KEKAYAAN REZEKI & WAKTU DALAM KESUSAHAN. BILA MANA YANG DIKEHENDAKINYA TERTUNAI MAKA TIADALAH SOLAT DHUHA LAGI. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TAHU RAHSIA KELEBIHAN LAIN DALAM SOLAT DHUHA. JIKA MEREKA TAHU NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MENINGGALKANYA

KELEBIHAN SOLAT DHUHA BAGI PADA YANG MEMAHAMINYA

1. DIPERMUDAHKAN URUSAN HARIAN

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.

2. CARA PALING MUDAH UNTUK BERSEDEKAH

Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis:

Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.

(Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”

3. MENDAPAT PAHALA UMRAH

Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.

Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.

(Sahih Al-Targhib: 673)

4. DIAMPUNKAN DOSA

Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.

Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

5. TERGOLONG ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

( HR Hakim )

6. TERCATAT BAGINYA SEBAGAI ORANG YANG TAAT

  • Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
  • “Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
  • Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
  • Barangsiapa yg mengerjakannya 6 rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
  • Barangsiapa mengerjakannya 8 rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
  • Barangsiapa yang mengerjakannya 12 rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

( HR At-Thabrani )

DALAM HADIS YANG LAIN

AKAN dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. 

(Sahih al-Jami’: 634)

7. Masuk syurga dari pintu yang khas

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, 

“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

( HR At-Thabrani )

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

“Solat dengan bersiwak (terlebih dahulu) lebih utama 70 kali dibanding yang tidak bersiwak.” (HR. Ahmad).

https://albilkhair.wordpress.com/2019/04/10/betapa-pentingnya-bersiwak/

Selawat Fateh

Maksudnya :

Ya ALLAH Rahmati Dan Berkati Penghulu Kami Nabi Muhammad , Pembuka Apa Yang Tertutup , Penamat Bagi Yang Telah Sudah , Penolong Bagi Yang Hak , Penunjuk Kejalan Yang Lurus , Selawat Dan Salam Ke-Atas Nya Juga Keluarga Dan Sahabatnya Sebagaimana Yang Selayaknya , Dengan Darjat Dan Kedudukan Yang Tinggi Dan Mulia.

Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :

1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah. (Teruskan jadi amalan selagi ada umur)

5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.

6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,

7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.

9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akandijilat api neraka.

10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Caranya adalah membacanya selepas Solat Fardu,

Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.

Fadhilat Lain dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh:

Orang yang kekal mengamalkan selawat Fatih secara istiqamah akan mendapat anugerah fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat.

Antara kelebihan yang diperoleh di dunia diantaranya ialah :
• Mendapati diri dihormati oleh masyarakat
• Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
• Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.

Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan pembelaan dari Rasulullah SAW, khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat:
• Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat
• Kekal kasih diantara kita dengan Rasulullah SAW.
• Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.

Ringkasan Sejarah.

Selawat Fatih adalah berasal daripada Al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandungi rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang Maha Agung.

Sebaik-baik sebelum MEMULAKAN SELAWAT Fatih

Hadiah Fatihah kepada Rasulullah S.A.W.
1. Ila hadrotin nabiyyil Sayidina Muhammad Rasulullah S.A.W. (Al-Fatihah 1x)

2. Hadiah Fatihah kepada para wali.
Wa ila hadroti quthbur Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a, wal waliyyina, syai-u lillahi lahumul………… (Al-Fatihah 1x)

3. Hadiah Fatihah kepada Ibu dan Bapa, Muslimin wal muslimat.
Wa ila hadroti abi wa ummi, wal muslimin wal muslimati, Mukminin wal mukminat al ahyat, wal amwat, syai-u lillahi lahumul. (Al-Fatihah 1x)

4. Hadiah Fatihah kepada diri kita sendiri.
Wa ‘ala nafsi………(sebutkan nama sendiri) syai-u lillahi lahumul…….. (Al- Fatihah 1x)

Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Contoh Doa Lepas Solat

DOA LEPAS SOLAT ( Istiqamah 40hari tanpa Putus )

DOA Pembuka:

Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik. 

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu).

Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala ‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.

(Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya.  Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.)

DOA IBUBAPA:

Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.

(Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil.)

ISI DOA:

Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika

(Ya Allah, bantulah aku untuk menyebut nama-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik untuk-Mu).

Ya ALLAH, bantulah aku perindahkan Akhlakku juga seperti mana cantiknya akhlak para kekasihmu & akhlak Rasulullah S.A.W.

Ya ALLAH, KURNIAKANLAH pada ku/kami dan ahli keluarga kami/ku iaitu RASA KECINTAAN DAN KERINDUAN serta ISTIQAMAH TERHADAP KEKASIHMU RASULULLAH S.A.W serta AHLI KELUARGANYA hingga akhir hayat kami. Peliharalah iman & keselamatan dunia akhirat kami semua agar tidak tergolong dikalangan orang2 yang kau murkai.

Ya ALLAH, kurniakanlah pada ku/kami ilmu yang manafaat yang sesuai buat kami untuk dunia & akhirat. Jangan biarkan kami hidup dalam keadaan jahil di dunia & Akhirat.

Ya Allah, Ya Waduud, Jadikalah aku/kami suka & cintakan selawat keatas kekasihmu Rasulullah S.A.W

Ya Allah,Ya Ghaffaar, Ya Ghafuur, Ampunkanlah dosa-dosa kami, Ahli keluarga kami, Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Kurniakanlah Rahmat keatas kami semua.

Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan.

Ya Allah, Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Fattah, Ya Rozzak, Ya ghoni, Ya Mughni.  Kurniakan kamı Kecukupan Rezki halal yg tidal putus-putus hingga akhir hayat kamı.

Sepertimana kau Ada berfirman : Bismillahhirrahmannirahim 

اِنَّ هٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهٗ مِنْ نَّـفَادٍ  inna haazaa larizqunaa maa lahuu min nafadd “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -“ (QS. Sad 38: Ayat 54)

Ya Allah, Ya Mujiib, Bantulah aku & Keluarkan aku dari cengkaman hutang Dan Jangan matikan aku dalam keadaan Berhutang.

Ya Allah, Ya Mu’min, Ya Muhaimin,  AKU berlindung kepadamu dari segala kejahatan Manusia, Jin, Syaitan, Iblis Dan Fitnah Dajjal keatas kami.

Ya ALLAH, Kurniakanlah pada kami kesihatan yang baik, ingatan yang tajam & Kekuatan ROH & JASAD hingga akhir hayat kami.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku guru-guru & sahabat2 yang kau redhai serta kau sayangi yg membimbing aku ke jalanmu.

Janganlah Engkau biar kami bersendirian tanpa perhatian & kasihsayangmu sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi.

Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.

Ya ALLAH, Masukkanlah kamı ke dalam syurga mu bersama Nabi kamı Rasulullah S.A.W TANPA HISAB dengan Kurnia RAHMAT DAN KASIHSAYANG MU.

Ya ALLAH, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik dgn kelembutan dan kasihsayangmu. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk.

SYAIDUL ISGHTIFAR

Allahumma ‘Anta Rabbi Lâ ‘Ilaha ‘illâ ‘Anta Khalaqtani. Wa ‘Ana ‘Abduka, Wa ‘Anâ ‘Ala‘Ahdika Wa Wak Dika MasTatok-Tu, ‘A‘Użu-Bika Min Syarri Mâ ŞanakTu, ‘Abu-‘ULaka Binik Matika ‘Alayya Wa ‘Abu ‘U-Biżanbi, Faġfirli Fa-Innahu Lâ Yaġfiruż-Żunu-Ba ‘Illa’Anta.

(Ya Allah Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam janji untuk mentaatimu sejauh kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukkan yang pernah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan, dan aku mengakui semua dosa yang pernah ku kerjakan. Oleh itu, ampunilah semua dosaku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa selain engkau, Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.)

YA ALLAH, YA Ghaffaar, YA Ghafuur YA Tawwaab, 

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami serta matikan kami bersama-sama orang yang kau redhai & kau kasihi.

DOA PENUTUP, SELAWAT & PUJI-PUJIAN:

Rabbaba attina fi dunia hasantan, wa fi akhirati hassantan wa kina azaban nar.

Wasalallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam, subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal robbil alamin.

(Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.)

Selawat Tafrijiyah / Nariyah

ALLAHUMMA SOLLI SHALAATAN KAMILATAN WASALLIM SALAAMAN TAAMAN ‘ ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADINIL LADZIII TANHALLUBIHIL UKADU WATAN FARIJU BIHIL KURABU WATUQDHO BIHIL HAWAA IJU WATUNAALU BIHIRRA GHAA IBU WAHUSNUL KHAWAA TIMI WAYUSTAS QAL GHOMAAMU BIWAJHIHIL KARIIM WA’ALAA AALIHI WASHAHBIHII FII KULLI LAMHATIN WANAFASIN BI’ADADI KULLI MAQ LUU MILLAK.”

Selawat Tafrijiyah / Nariyah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta  didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh Mu , wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

Membaca Selawat Tafrijiah  adalah salah satu amalan yang sngat disenangi oleh orang-orang mukmin . Ada selawat “thibbil qulub”, ada shalawat “tunjina”, dan masih banyak lagi. Belum lagi bacaan “hizib” dan “rawatib” yang tak terhitung banyaknya. Semua itu mendorong semangat keagamaan dan cinta kepada Rasulullah SAW sekaligus beribadah. Salah satu hadis yang sangat popular yang membuat rajin kita membaca salawat ialah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca selawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikkan, diampuni 10 dosanya dan ditambah 10 derajat baginya.“Selawat Tafrijiah”, Khususnya bila mereka menghadapi permasalahan hidup yang rumit diselesaikan maka tidak ada jalan lain selain mengembalikan persoalan sulit tersebut kepada Allah SWT. Dan Shalawat Tafrijiah  adalah salah satu jalan mengadu kepada Allah SWT.

Dalam kitab Khozinatul Asror (hlm. 179) dijelaskan, “Salah satu salawat yang mustajab ialah Salawat Tafrijiyah Qurthubiyah, yang disebut orang Maroko dengan Salawat Tafrijiah kerana jika mereka (umat Islam) mengharapkan apa yang dicita-citakan, atau ingin menolak yang tidak disukai mereka berkumpul dalam satu majlis untuk membaca salawat tafrijiah  ini sebanyak 4444 kali, tercapailah apa yang dikehendaki dengan cepat ( dengan izin Allah).”

“Selawat ini juga diamal oleh para ahli yang tahu rahasia alam diyakini sebagai kunci gudang yang segala khazanah Dan imam Dainuri memberikan komentarnya: Siapa membaca salawat ini selepas selesai solat (Fardhu) 11 kali digunakan sebagai wirid  maka rezekinya tidak akan putus, di samping mendapatkan pangkat kedudukan dan tingkatan orang kaya.” Hadis riwayat Ibnu Mundah dari Jabir mengatakan: Rasulullah SAW bersabda:  Siapa membaca selawat kepadaku sehari 100 kali (dalam riwayat lain): Siapa membaca selawat kepadaku 100 kali maka Allah akan memakbulkan 100 kali hajatnya; 70 hajatnya di akhirat dan 30 di dunia… Dan hadis Rasulullah yang mengatakan;  Perbanyaklah selawat kepadaku kerana dapat memecahkan masalah dan menghilangkan kesedihan. Demikian seperti tertulis dalam kitab an-Nuzhah yang dikutip juga dalam Khazinatul Asrar.

Diriwayatkan juga Rasulullah di alam barzakh mendengar bacaan salawat dan salam dan dia akan menjawabnya sesuai jawaban yang terkait dari salam dan salawat tadi. Seperti tersebut dalam hadis, Baginda bersabda: Hidupku, juga matiku, lebih baik dari kalian. Kalian membicarakan dan juga dibicarakan, amal­-amal kalian disampaikan kepadaku, jika saya tahu amal itu baik, aku memujii Allah, tetapi kalau buruk aku mintakan ampun kepada Allah. Hadis riwayat al-Hafiz Ismail al­Qadhi, dalam bab Salawat ‘ala an-Nabi. Imam Haitami menyebutkan dalam kitab Majma’ az-Zawaid, ia menganggap sahih hadis di atas.

Hal ini jelas bahawa Rasulullah memintakan ampun umatnya di alam barzakh. Istighfar adalah doa dan doa untuk umatnya pasti bermanfaat. Ada lagi hadis lain: Rasulullah bersabda: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada rohku sehingga aku boleh mennjawab salam itu. (HR Abu Daud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya sohih)

Selawat Tafrijiyah, 

Siapa AMAL InsyaAllah bertalu2 rezki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dari masalah, semuanya akan terungkai.

Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai

5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.

6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani