Selawat Fateh

Maksudnya :

Ya ALLAH Rahmati Dan Berkati Penghulu Kami Nabi Muhammad , Pembuka Apa Yang Tertutup , Penamat Bagi Yang Telah Sudah , Penolong Bagi Yang Hak , Penunjuk Kejalan Yang Lurus , Selawat Dan Salam Ke-Atas Nya Juga Keluarga Dan Sahabatnya Sebagaimana Yang Selayaknya , Dengan Darjat Dan Kedudukan Yang Tinggi Dan Mulia.

Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :

1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah. (Teruskan jadi amalan selagi ada umur)

5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.

6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,

7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.

9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akandijilat api neraka.

10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Caranya adalah membacanya selepas Solat Fardu,

Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.

Fadhilat Lain dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh:

Orang yang kekal mengamalkan selawat Fatih secara istiqamah akan mendapat anugerah fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat.

Antara kelebihan yang diperoleh di dunia diantaranya ialah :
• Mendapati diri dihormati oleh masyarakat
• Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
• Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.

Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan pembelaan dari Rasulullah SAW, khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat:
• Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat
• Kekal kasih diantara kita dengan Rasulullah SAW.
• Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.

Ringkasan Sejarah.

Selawat Fatih adalah berasal daripada Al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandungi rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang Maha Agung.

Sebaik-baik sebelum MEMULAKAN SELAWAT Fatih

Hadiah Fatihah kepada Rasulullah S.A.W.
1. Ila hadrotin nabiyyil Sayidina Muhammad Rasulullah S.A.W. (Al-Fatihah 1x)

2. Hadiah Fatihah kepada para wali.
Wa ila hadroti quthbur Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a, wal waliyyina, syai-u lillahi lahumul………… (Al-Fatihah 1x)

3. Hadiah Fatihah kepada Ibu dan Bapa, Muslimin wal muslimat.
Wa ila hadroti abi wa ummi, wal muslimin wal muslimati, Mukminin wal mukminat al ahyat, wal amwat, syai-u lillahi lahumul. (Al-Fatihah 1x)

4. Hadiah Fatihah kepada diri kita sendiri.
Wa ‘ala nafsi………(sebutkan nama sendiri) syai-u lillahi lahumul…….. (Al- Fatihah 1x)

Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Leave a comment