Betapa Pentingnya Dhuda bagi yang mengetahui

KEBIASAANNYA ORANG MENGEJAR SOLAT DHUHA UNTUK MENDAPATKAN HABUAN DUNIA, KEKAYAAN REZEKI & WAKTU DALAM KESUSAHAN. BILA MANA YANG DIKEHENDAKINYA TERTUNAI MAKA TIADALAH SOLAT DHUHA LAGI. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TAHU RAHSIA KELEBIHAN LAIN DALAM SOLAT DHUHA. JIKA MEREKA TAHU NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MENINGGALKANYA

KELEBIHAN SOLAT DHUHA BAGI PADA YANG MEMAHAMINYA

1. DIPERMUDAHKAN URUSAN HARIAN

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.

2. CARA PALING MUDAH UNTUK BERSEDEKAH

Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis:

Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.

(Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”

3. MENDAPAT PAHALA UMRAH

Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.

Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.

(Sahih Al-Targhib: 673)

4. DIAMPUNKAN DOSA

Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.

Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

5. TERGOLONG ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

( HR Hakim )

6. TERCATAT BAGINYA SEBAGAI ORANG YANG TAAT

  • Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
  • “Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
  • Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
  • Barangsiapa yg mengerjakannya 6 rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
  • Barangsiapa mengerjakannya 8 rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
  • Barangsiapa yang mengerjakannya 12 rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya.”

( HR At-Thabrani )

DALAM HADIS YANG LAIN

AKAN dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. 

(Sahih al-Jami’: 634)

7. Masuk syurga dari pintu yang khas

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, 

“Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

( HR At-Thabrani )

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini, bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

“Solat dengan bersiwak (terlebih dahulu) lebih utama 70 kali dibanding yang tidak bersiwak.” (HR. Ahmad).

https://albilkhair.wordpress.com/2019/04/10/betapa-pentingnya-bersiwak/

Leave a comment